Tuesday, February 10, 2009

PERHATIAN KEPADA ZON DAN CAWANGAN

1) PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU PERLUKAN SALINAN KAD PENGENALAN

Mulai Januari 2009, HPA Industries Sdn Berhad mewajibkan permohonan untuk menjadi ahli HPA hendaklah disertakan salinan Kad Pengenalan yang dikepilkan bersama Borang Permohonan Keahlian.

Peraturan ini bertujuan untuk mengelakkan masalah teknikal berlaku terutama sekali kesilapan No Kad Pengenalan. Oleh itu PENGURUS CAWANGAN hendaklah memaklumkan kepada semua ahli mengenai perubahan dan arahan ini.

Peraturan ini juga bertujuan untuk mengelakkan ahli-ahli mendaftar lebih dari sekali. Terdapat kecenderungan sesetengah pihak yang memalsukan No Kad Pengenalan terutama sekali untuk tujuan penajaan semula. Oleh yang demikian sebagai bukti permohonan, maka salinan Kad pengenalan diperlukan.

Walaupun peraturan ini telah dikuatkuasakan mulai JANUARI 2009, namun masih terdapat ahli-ahli dan pemimpin yang menghantar Borang Permohonan tanpa salinan Kad Pengenalan. Akibatnya borang tersebut tidak dapat diproses. Pihak M.I.S tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana borang permohonan yang tidak disertakan salinan Kad Pengenalan. Borang permohonan yang tidak diproses akan dikembalikan semula kepada pemohon tersebut.

Bagi permohonan keahlian untuk SYARIKAT , PERSATUAN , SURAU dan MASJID. Permohonan ini tidak perlu menyertakan Salinan Kad Pengenalan.


2) PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU MESTILAH BERUMUR 18 TAHUN.

Mulai Januari 2009, HPA Industries Sdn Berhad mewajibkan permohonan untuk menjadi ahli HPA hendaklah berumur 18 tahun dan keatas.


p/s : PENGURUS CAWANGAN TOLONG BERIKAN KERJASAMA