Friday, October 2, 2009

Kursus Penghayatan Agen Stok Darjah Awal

Tarikh: 3 - 4 Oktober 2009
Tempat: Dewan Cawangan Sungai Petani, Sungai Petani Kedah.

Kursus pengahayatan HPA Agen Stok Darjah awal sedang berlangsung dari 3 hingga 4 Oktober 2009 bertempat di Dewan Kuliah 2, Cawangan Sungai Petani Kedah. Program bermula seawal 9 pagi dengan bacaan Al-Mathurat,surah al-waqiah serta solat dhuha.seterusnya taklimat umum kursus dan taaruf kepada semua peserta yang hadir. Seramai 50 orang peserta dari kalangan Agen Stok telah berjaya menghadirkan diri dan kursus pada kali ini dikendalikan oleh Unit Training, IT & Multimedia seramai 7 orang dan juga dibantu dari Unit MIS iaitu Pn. Aishah dan Cik. Siti Nurhidayah.

Antara slot yang disediakan didalam jadual kursus ialah Slot Meluruskan niat, Slot MLMS, Slot MIS, Slot Pengukuhan Akidah dan juga sidang pleno. Kursus ini dijalankan selama 2 hari dan dijangka tamat pada hari esok jam 5.30 petang.