Thursday, August 13, 2009

MLMS - perlukan penerangan yang jelas.

Penambahan stokis sekaligus akan menyebabkan penjualan semakin meningkat. Ini disebabkan stokis akan memainkan peranan utama bagi memastikan produk sentiasa mudah didapati untuk downline masing-masing. Setiap PJS disarankan berusaha mendapatkan sekurang-kurang 4 orang stokis sebulan. Selain daripada itu juga mereka perlu turun kebawah bagi memberikan gambaran HPA yang sebenarnya kerana masih ramai yang belum mengetahui tentang HPA. Mereka lebih kenal dengan kopi Radix sahaja sedangkan HPA memiliki lebih 200 item didalam pasaran.
Pengenalan kepada MLMS telah dijadikan agenda khas dalam program penghayatan HPA khusus untuk PJS. Dalam Minggu kumpulan kedua seramai 50 orang PJS lagi yang akan terlibat . Program PBC juga perlu memasukan perbincangan tentang MLMS sebagai bekal kepada ahli bagi tujuan untuk membezakan HPA dengan MLM yang lain. InsyaAllah.