Wednesday, August 19, 2009

PENTING - LAPORAN AGEN STOK

Rujukan Kami : HPA / AWM /PERINGATAN LAS/ 03-09(01)
Rujukan Tuan :
Tarikh : 19 OGOS 2009 / 28 SYAABAN 1430 H


Kepada :


STOKIS
PENGURUS STOKIS DAERAH
PUSAT JUALAN
PUSAT AGENSI
SEMUA CAWANGAN AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.


Assalamualaikum w.b.t


Tuan/Puan,

LAPORAN AGEN STOK

Merujuk kepada perkara yang di atas.

2. Untuk mempercepatkan pemprosesan bonus bagi bonus Ogos 2009 pihak syarikat telah menetapkan tarikh akhir bagi penghantaran Laporan Agen Stok ialah selewat-lewatnya pada 05hb. Ini adalah supaya bonus dapat diproses sebelum Hari Raya Aidilfitri.

3. Jika pihak syarikat mendapati tuan/puan lewat menghantar Laporan Agen Stok, maka pihak syarikat akan memotong bonus jualan stok tuan/puan. (Seperti surat bertarikh 25 April 2009).

4. Namun sekiranya masih terdapat ramai Agen Stok yang menghantar laporan lebih dari tarikh yang di tetapkan, kemungkinan besar bonus akan dikeluarkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

5. Pihak syarikat amat berharap agar tuan/puan dapat memberi kerjasama yang sewajarnya.

Sekian, harap maklum.


“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”TM


Yang benar,



MOHAMMAD FAISOL BIN ABD RAHMAN
PENGURUS BESAR
AL WAHIDA MARKETING SDN BHD