Wednesday, December 30, 2009

LANGKAH SETTING DATA AWAL TAHUN 2010

SALAM , KEPADA SEMUA CAWANGAN&KIOSK HPA. DI SINI KCT SERTAKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK SETTING DATA AWAL TAHUN DI SISTEM CAWANGAN DAN KIOSK. SILA IKUT LANGKAH 1 SEHINGGA SELESAI. SEBELUM IKUTI LANGKAH DI BAWAH , SEMUA CAWANGAN&KIOSK PERLU PASTIKAN :

1) DATA JUALAN 1-31hb DISEMBER 2009 TELAH DIBACKUP DAN DIHANTAR KE MIS, YM ATAU EMAIL :
data.mis97@yahoo.com DAN mis@hpa.com.my

2) PASTIKAN TABLE HPA DI BACKUP DAN DI SIMPAN DI FOLDER YANG LAIN.

* PERLU PASTIKAN KEDUA2 ARAHAN DIIKUTI KERANA BILA ANDA LAKUKAN LANGKAH SETTING AWAL DATA SEMUA DATA JUALAN DAN CUSTOMER AKAN DIKOSONGKAN.


LANGKAH 1



LANGKAH 2



LANGKAH 3



LANGKAH 4




LANGKAH 5





- SELESAI KESEMUA ARAHAN DAN LANGKAH-LANGKAH DI ATAS , SEMUA CAWANGAN DAN KIOSK PERLU UPDATE DATA CUSTOMER.

sEMOGA BERJAYA!!!!

Friday, December 25, 2009

Amalan bulan Muharam

Amalan yang disunatkan pada bulan Muharam :

1. Barang siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya
diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
2. Barang siapa berpuasa 3 hari berturut-turut pada hari Khamis,
Jumaat, Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala sepeti
beribadat 900 tahun.

3. Barang siapa berpuasa 1 hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama
berpuasa 30 tahun.
4. Barang siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Muharam iaitu hari Khamis,
Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala sepertimana beribadat
selama 2 tahun.
5. Banyakkan solat sunat, zikir dan sebagainya.

Perkara sunat pada hari Asyura ( 10 Muharam ) :

1. Menahan marah. Di Akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang redha.
2. Menunjukkan kelapangan masa / belanja anak isteri. Allah akan
melapangkan hidupnya pada tahun ini.
3. Memuliakan fakir miskin. Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
4. Orang yang sesat...Allah akan memuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Allah akan mengurniakan
sepohon pokok di Syuga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak henti-henti dari kecil hingga ia mati. Di
beri pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memilihara kehormatan diri. Allah akan mengurniakan hidupnya
sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi sunat. Tidak sakit ( sakit berat ) pada tahun itu. Lafaz niat
: " Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana AllahTaala ".
9. Bercelak. Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan
pandangan rahmah di Akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat Asyura 4 rakaat. Allah akan mengampunkan dosanya
walau telah berlarutan selama 50 tahun. Lafas niat : " Sahaja aku
sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala ". Pada
rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas 11 kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa. Diberi pahala seperti memberi
sekalian orang islam berbuka puasa.
13. Berpuasa. Niat : " Sahaja aku berpuasa sunat hari Asyura esok hari
kerana Allah Taala". Diberi pahala seribu kali haji, seribu kali
umrah, seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

* Doa
Jadikan tindakanku mengikut suruhan sunnahmu dan nabimu.

* Apabila keluar rumah niatkan :
Mencari ilmu
Matiku ( Syahid )
Cari rezeki yang halal ( Jihad ).

Wallahua'lam

Wednesday, December 23, 2009



Monday, December 21, 2009

Sunday, December 20, 2009

PJS Zainal Ahmad di Hospital Kajang

GM ingin memaklukan bahawa PJS Zainal Ahmad telah dimasukan ke (CCU) akibat masaalah jantung di wad 1 Ting 2, Hospital Kajang. Kepada yang kelapangan mohon ziarah beliau. Kepada semua marilah kita doakan kesejateraan dan kesembuhan beliau.

*Sumber dari blog GM - Mohd Faisol Abd Rahman

Wednesday, December 16, 2009



bumi mekah seakan menghimpit
mengancam nyawa risalah langit
ketika itu turun perintah
untuk berhijrah ke kota harapan

pergi bukan bererti mundur
tapi menyusun langkah teratur
demi mencapai matlamat agung
membawa rahmat ke seluruh alam

satu muharam detik bersejarah
dimasa umat telah berhijrah
dari kota mekah ke kota madinah
tinggal segala harta keluarga
sahabat handai dan yang tercinta

tiada yang lebih berharga
selain iman yang sejahtera
kerananya sanggup berkorban
harta dan nyawa watan tercinta

kerana ikatan ukhuwah fillah
mengatasi ikatan saudara
kaum ansar mendakap rasul
dan muhajirin sujud bersyukur

disinilah ketabahan
umat islam diuji....


Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Doa Akhir Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Friday, December 11, 2009

6 Anggota Yang Berfungsi Semasa Berdoa

Semasa kita berdoa kepada Allah s.w.t,
ada 6 anggota badan kita yang turut sama2 berfungsi,
menjalankan tugas mereka dalam mengabdikan diri kepada pemilik Hati ini..

1.Tangan
Tangan befungsi, ditadah dengan rasa rendah diri, mengharap keampunan, kasih sayang, keredhaan dari Allah.

2.Mata
Mata berfungsi dan mencari salah satu titik yang berada di tangan. Fokus, dan pandang pada titik tu.

3.Mulut
Mulut membisikkan bicara-bicara yang ingin dipanjatkan kepada Allah.

4.Telinga
Telinga mendengar bisikkan-bisikkan tersebut.

5.Otak
Otak membayangkan setiap patah2 perkataan yang diungkapkan. Membayangkan dosa2 yang dilakukan.

6.Hati
Hati berperanan dalam menghayati setiap patah perkataan yang diungkapkan.

InsyaAllah, dengan bantuan 6 anggota badan ini, kita akan berasa khusyuk dalam berdoa kepada Allah s.w.t..

Tuesday, December 8, 2009



Thursday, December 3, 2009

Rujukan Kami : AWM / 1/ 1-12 / PEKELILING – (1/09)
Tarikh : 02 DISEMBER 2009M / 14 ZULHIJJAH 1430H


Kepada : CAWANGAN
AGEN STOK
PENGEDAR


Assalamualaikum w.b.t.


Tuan/Puan,

PEMBELIAN DAN JUALAN ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.Adalah dimaklumkan bahawa semua pengedar dan Agen stok Malaysia boleh membeli dimana-mana cawangan dan agen stok Indonesia. Begitu juga bagi pengedar dan agen stok Malaysia boleh membeli dimana-mana cawangan dan Agen stok Indonesia.
3. Walaubagaimanapun bagi yang berstatus agen stok , sila pastikan pembelian mestilah pada agen stok yang statusnya lebih tinggi.


Sekian, terima kasih.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ’’TM