Thursday, August 27, 2009

Wednesday, August 26, 2009

Tuesday, August 25, 2009

Thursday, August 20, 2009





Antara amalan-amalan utama yang lain dibulan Ramadhan ialah:

1. Berpuasa dengan sesungguh hati
2. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat
3. Menggiatkan ibadah di sepuluh malam terakhir Ramadhan
4. Beriktikaf
5. Mencari malam al-qadar
6. Memperbanyakkan bacaan al-quran termasuklah bertadarus
7. memperbanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain
8. Menunaikan umrah sunat bagi yang berkemampuan
9. Banyak berzikir, beristigfar dan memohon diberi syurga dan dijauhi neraka
10. Banyak berdoa
11. Bersahur
12. Segera berbuka sebaik saja masuk waktu berbuka
13. Memberi makanan untuk orang berbuka puasa
14. Menjaga segala anggota, tingkah-laku dan tutur kata sepanjang bulan Ramadhan
15. Meningkatkan ketakwaan dan kesabaran.

Wednesday, August 19, 2009

PENTING - LAPORAN AGEN STOK

Rujukan Kami : HPA / AWM /PERINGATAN LAS/ 03-09(01)
Rujukan Tuan :
Tarikh : 19 OGOS 2009 / 28 SYAABAN 1430 H


Kepada :


STOKIS
PENGURUS STOKIS DAERAH
PUSAT JUALAN
PUSAT AGENSI
SEMUA CAWANGAN AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.


Assalamualaikum w.b.t


Tuan/Puan,

LAPORAN AGEN STOK

Merujuk kepada perkara yang di atas.

2. Untuk mempercepatkan pemprosesan bonus bagi bonus Ogos 2009 pihak syarikat telah menetapkan tarikh akhir bagi penghantaran Laporan Agen Stok ialah selewat-lewatnya pada 05hb. Ini adalah supaya bonus dapat diproses sebelum Hari Raya Aidilfitri.

3. Jika pihak syarikat mendapati tuan/puan lewat menghantar Laporan Agen Stok, maka pihak syarikat akan memotong bonus jualan stok tuan/puan. (Seperti surat bertarikh 25 April 2009).

4. Namun sekiranya masih terdapat ramai Agen Stok yang menghantar laporan lebih dari tarikh yang di tetapkan, kemungkinan besar bonus akan dikeluarkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

5. Pihak syarikat amat berharap agar tuan/puan dapat memberi kerjasama yang sewajarnya.

Sekian, harap maklum.


“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”TM


Yang benar,



MOHAMMAD FAISOL BIN ABD RAHMAN
PENGURUS BESAR
AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

Monday, August 17, 2009

Demam yang sudah menjadi wabak.

"Jangan lupa IMT" dos yang diambil perlu tinggi . Kalau 2 kapsul perlu diambil selang/jarak 2 jam. Habiskan satu botol dalam masa 2 hari dan jika diambil selang/jarak 4 jam perlu 4 kapsul sekali pengambilan. Anak-anak kecil dibuka 1 kapsul digoncang dan cairkan larutan dalam air masak diberi minum dalam keadaan kurangkan pahitnya. beri minum terus hingga sembuh. Kita percaya dengan kaedah kita. Demam ini akan memperkenalkan pengubatan Jawi sebagai satu pilihan. InsyaAllah.

Cawangan Madi dan Kuala Kedah

2 buah cawangan baru di buka kelmarin iaitu cawangan Madi Jejawi perlis dan cawangan Kuala Kedah. Ini bererti ahli-ahli yang berada berhampiran dengan kawasan tersebut boleh mendapatkan produk HPA dengan mudah dan para leader yang berhampiran dijemput bagi mengadakan program untuk menghidupkan cawangan - cawangan tersebut. Target kita semua pekan-pekan kecil akan dibuka . InsyaAllah.

Cawangan baru di Zon selatan

Walaupun ekonomi dunia merudum tetapi peniagaan produk halal menjadi pilihan masakini. Zon Selatan juga merancang pembukaan 10 lagi cawanganya dalam tempoh sebulan dari sekarang iaitu :
1. senawang
2. kuala Pilah
3. Tampin
4. Jasin
5. Air Hitam
6. Larkin
7. Nusajaya
8. Bandar Tenggara
9. Yong Peng
10. Ulu Tiram

Dengan penambahan ini jumlah cawangan di zon selatan akan berjumlah32 cawangan. InsyaAllah. Tahniah juga kerana zon selatan menunjukan peningkatan jualan hampir sejuta ringgit. Kepada semua Ahli dan leader teruskan perjuangan dan luruskan niat.Amin.

Cabang Baru di Indonesia.

Semangat baru yang ditiupkan sewaktu pertemuan PJS di Acasia Hotel menjadikan Al Wahida International Ind (AWMIT) akan membuka 5 cawangan/cabang baru dalam tempoh sebulan dari sekarang. Cabang- cabang itu terletak di beberapa lokasi padat ahli iaitu:-
1. Medan (cawangan baru)
2. Padang
3. Depok
4. Bekasi timur
4. Semarang.

sebanyak 6 lokasi baru akan ditentukan segera untuk pembukaan. Indonesia akan mensasarkan dalam tempoh 3 tahun mereka akan berjaya membesarkan peniagaan MLMS ini seperti di Malaysia. InsyaAllah.

Pencapaian tertinggi - teruskan menggempur pasaran

Alhamdulillah penjualan bulan 7 telah dicatat sebagai rekod pencapaian tertinggi syarikat MLMS HPA. Kita menerima ini dengan penuh rendah diri dan menyedari ini sebagai ujian daripada Allah bagaimanakah kita sewajarnya mensyukuri nikmat ini.

Jualan sudah mencecah 15.5 juta t(ermasuk jualan di Indonesia.). Walaupun kita menghadapi sedikit masalah di Indonesia namun bagitu semua masalah telah dapat diselesaikan dan dijangka penjualan di indonesia akan menjangkau rm3 juta dalam tempoh masa yang terdekat. Jika ini berlaku diikuti dengan peningkatan di Malaysia kemungkinan besar tahun 2009 kita berjaya mencecah 20 juta InsyaAllah.

Terimakasih pada semua yang telah bekerja menghidupkan PBC dan saya sangat terkesan dengan sokongan padu yang diberikan oleh Ahli-ahli semasa KONVEK yang lepas. Semoga cita-cita kita menjadi pengeluar produk halal no 1 di dunia akan berjaya. Amin.

Cawangan baru di zon tengah.

5 lokasi baru untuk cawangan di zon tengah telahpun dikenalpasti iaitu :

1. Putrajaya
2. Kelana Jaya
3. Wangsa Maju
4. Jalan Pudu Raya
5. Hutan Melintang.

cadangan tambahan kios di 2 buah masjid iaitu :

1. Kios masjid Kuang
2. Kios Masjid gugusan Manjoi.

Semoga dengan bertambahnya cawangan - cawangan ini akan memudahkan ahli dan agen stok mendapatkan produk yang bilangannya akan menjadi 500 item InsyaAllah. Kini tugas PJS dan leader menjadikan cawangan sebagai tempat pertemuan mingguan bagi program keilmuan peniagaan bersama.

Thursday, August 13, 2009

Sardin HPA

InsyaAllah tidak lama lagi kita akan mempunyai produk sardin dalam tin . Ini sebagai pilihan kepada umat Islam yang mahukan sardin yang halal dan dibuat oleh syarikat bumiputra. Hari ini status halal yang digunakan oleh HPA bergantung kepada kelulusan halal jakim. Saya menjangkakan hujung bulan ini dah boleh dipasarkan. InsyaAllah.
Dengan ujudnya pengetingan sardin,ia akan membuka jalan bagi produk pengetingan yang lain. Amin.

MLMS - perlukan penerangan yang jelas.

Penambahan stokis sekaligus akan menyebabkan penjualan semakin meningkat. Ini disebabkan stokis akan memainkan peranan utama bagi memastikan produk sentiasa mudah didapati untuk downline masing-masing. Setiap PJS disarankan berusaha mendapatkan sekurang-kurang 4 orang stokis sebulan. Selain daripada itu juga mereka perlu turun kebawah bagi memberikan gambaran HPA yang sebenarnya kerana masih ramai yang belum mengetahui tentang HPA. Mereka lebih kenal dengan kopi Radix sahaja sedangkan HPA memiliki lebih 200 item didalam pasaran.
Pengenalan kepada MLMS telah dijadikan agenda khas dalam program penghayatan HPA khusus untuk PJS. Dalam Minggu kumpulan kedua seramai 50 orang PJS lagi yang akan terlibat . Program PBC juga perlu memasukan perbincangan tentang MLMS sebagai bekal kepada ahli bagi tujuan untuk membezakan HPA dengan MLM yang lain. InsyaAllah.

Monday, August 10, 2009

Pembukaan 45 cawangan baru menjelang 2010

HPA kini menggiatkan lagi usaha bagi mennggenapkan 200 cawangan dan kios di seluruh negara sebelum berakhirnya tahun 2009. Setiap zon di mestikan membuka 10 cawangan baru dan 5 cawangan di Malaysia Timur. Cawangan yang banyak akan memudahkan ahli-ahli bagi mendapat produk halal terutamanya produk-produk yang sukar disimpan dengan banyaknya di stokis-stokis. Penambahan stokis juga akan berlaku mengikut jumlah penambahan PJS, dimana setiap PJS perlu mengujudkan 5 stokis sebulan. Dengan peningkatan jumlah stokis dan cawangan dijangka ahli-ahli yang aktif boleh dipertingkatkan. Amin.

Thursday, August 6, 2009

Radix Bakery House



Radix Bakery House HPA yg terletak bersebelahan dgn Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya semalam hari Rabu 5 Ogos selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Ahmad. Radix Bakery House ini menggunakan produk2 HPA seperti Olive Oil, Madu, Kismis, Kopi Radix, Koko Radix, Jem Nenas, Jem Roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.


Disamping itu juga produk2 Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba2 HPA diantara produk2nya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza, cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain2


Alhamdullillah keju yg digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat drpd minyak kelapa sawit. Penggunaan mentega dan pewarna dalam industri kek sekarang juga membimbangkan kita tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yg dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek di luar sana yang mengandungi sedikit alcohol utk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar. Semua masalah ini insyaallah HPA sedang berusaha utk mengadakan altenatif lain.


Wednesday, August 5, 2009

INFO TERKINI DARI GM

1. KOOP akan membuka RFC di Shah Alam dan di jangka beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini.
2. Perjumpaan ukhwah PJS akan diadakan pada setiap bulan dan bermula pada Ramadhan ini. Tarikh akan di maklumkan nanti.
3. Kepada warga HPA Indonesia khususnya para pemimpin dan distributor HPA supaya terus bersama dengan HPA. Insyallah suatu pengumuman yang resmi akan di umumkan oleh Pengarah Urusan Tuan Haji Ismail Ahmad dalam waktu terdekat. Hubungi Bapak Agung Yulianto untuk info lanjut.
4. GM menyarankan agar kita semua amalkan produk IMT bagi langkah pencegahan H1N1 yang semakin serius sekarang.
5. GM dan team akan ke Shah Alam dalam waktu terdekat bagi melaksanakan projek HPA City. Doakan ini menjadi kenyataan.
Sekian Wasallam

Tuesday, August 4, 2009

Deodorant Radix Men dan Centella

Alhamdulilah kita telah pun memperkenalkan deodorant untuk lelaki dan wanita. Terdapat tiga jenis iaitu 1. Radix Men(lelaki) 2. Centella Woman 3. Centella Mild. Produk ini telah diperkenalkan semasa konvek 09 dan dijangka akan berda di pasaran pada pertengahan ogos nanti. Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang mencadangkan pembangunan produk ini untuk pasaran MLM. Kita bertanggungjawab bagi meujudkan produk altenatif selagi ada kemampuan.InsyaAllah.