Monday, June 22, 2009

APLIKASI SISTEM AGEN STOK HPA

PERMOHONAN APLIKASI SISTEM AGEN STOK HPA

MESTILAH MENGISI BORANG PERMOHONAN APLIKASI SISTEM AGEN STOK HPA
( BORANG BOLEH DIDAPATI DI CAWANGAN ) DAN BAYARAN RM 150

Cara bayaran adalah secara online ke akaun BIMB Kangar 09010010021705 atas nama AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD. Slip pembayaran hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan borang permohonan Aplikasi Sistem Agen Stok HPA.

* BORANG PERMOHONAN&SLIP BAYARAN BOLEH DI FAX KE BAHAGIAN MIS - U/P : SITI NURHIDAYAH(MIS)


UNTUK MAKLUMAN SEMUA PENGEDAR


SPEC YANG DIPERLUKAN UNTUK SISTEM INI :

1)LAPTOP/PC MESTILAH MENGGUNAKAN WINDOWS

I) XP PROFESIONAL
II) XP ENTERPRISE


UNTUK PERHATIAN SEMUA , SISTEM INI MENGAMBIL MASA 2 MINGGU DARI TARIKH BORANG PERMOHONAN&SLIP BAYARAN SAMPAI DI BAHAGIAN MIS.PIHAK MIS AKAN HANTAR SISTEM YANG DAH SIAP TERUS KEPADA ANDA DALAM CD.

Monday, June 15, 2009

Lanjutan isu larangan beli atas nama Agen Stok

GM sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan nama agen stok semasa pembelian barang adalah di larang sama sekali. Saya mengingatkan staf cawangan supaya mematuhi arahan tersebut.
Kepada para peserta PBC, disini cadangan bagi penyelesaian masaalah tersebut;

1. Pembelian yang dilakukan di cawangan oleh pengedar pada bulan sebelum hadhir ke PBC adalah diambilkira sebagai pembelian bersyarat untuk melayakan beliau naik pangkat. Contoh - A masuk pbc bulan jun09. A dah buat pembelian 150NM pada bulan Mei09 di cawangan dan menerima bonus sebanyak rm15.00. Lalu A membuat pembelian lagi sebanyak 150nm pada bulan jun09 dan ini akan melayakannya menerima bonus RM30+BPS serta berpangkat PLX. Kita cuma benarkan tempoh dua bulan pembelian 300NM biarpun berapa kali pembelian. Ini akan menyelesaikan banyak masalah. rungutan pemimpin cuma sebab tak boleh simpan, kalau beli dicawangan dianggap sebagai simpanan semua masalah boleh selesai.

2. Kalau lepas masuk pbc pada bulan jun09 baru A membuat pembelian - contoh 100nm pada bulan jun A akan terima bonus RM10.00 untuk bulan jun. Pada bulan julai A perlu buat pembelian pula sebanyak 200nm dan menerima bonus rm40+BPS.

Apa yang penting peserta PBC perlu menghantar borang PINK dan salinan inbois yang membuktikan telah mengumpulkan 300NM dalam jangka waktu 2 bulan. Sila pastikan salinan inbois di photokopi untuk simpanan rekod peribadi.
Saya rasa ini satu perkara yang praktikal untuk dilakukan dan boleh menyelesaikan masalah di kedua2 belah pihak. Isu yang berbangkit bukannya pembelian 300NM dalam satu invois tetapi bagaimana mengumpulkan 300NM kedalam satu bulan.
Selepas kenyataan ini GM berharap tiada lagi permasalahaan akan timbul.

INFO TAMBAHAN: KEPADA SEMUA PENGEDAR YANG INGIN MENDAPATKAN PENYATA BONUS BULANAN SECARA EMAIL SILA HANTAR ALAMAT EMAIL ANDA PADA awm.mis@gmail.com

Saturday, June 13, 2009

SAMBUNGAN ISU LARANGAN BELIAN ATAS AGEN STOK

KENYATAAN RASMI GM : LARANGAN BELIAN ATAS AGEN STOK

Terima kasih pada tuan/puan yang menelefon, sms, email dan melakukan komen dalam blog saya.
Sebenarnya apa yang HQ lakukan adalah semata-mata untuk mengurus tadbir perjalanan pengurusan syarikat. Hq tidak ingin agen stok yang banyak di negara tetapi tiada stok.
Ada yang mengatakan larangan ini merumitkan peserta PBC adalah tidak benar sama sekali.

Bagi pengedar yang hendak maintain nilaimata PBC
1. Boleh beli di mana-mana cawangan dan agen stok sebanyak NM 300 bila-bila masa dalam bulan yang sama dan dapatkan salinan invois
2. Sebelum menghantar borang pink dan salinan hendaklah diphotastat terlebih dahulu borang pink dan salinan invois sebagai bukti salinan .
3. Borang pink dan salinan invois tersebut boleh di pos sendiri atau dikirim melalui cawangan .

Mengenai sesiapa yang ingin memohon sebagai agen stok khususnya Pusat Jualan, Gm telah nyatakan lebih awal dulu bahawa sesaorang yang berhasrat menjadi pusat jualan perlu melihat kepada beberapa faktor dan diantaranya adalah kekuatan rangkaian dan memudahkan rangkaian khususnya mendapatkan produk disamping melayan di luar rangkaian.
Kekuatan Pusat Jualan tidak boleh bergantung pada rangkaian luar semata-mata. Bonus Jualan Stok tidak boleh diharap menampung kerani, letrik, api, air, minyak, sewa dan sebagainya.

Mengenai isu "bonus agen stok atas angin" adalah suatu realiti tidak sihat berlaku dikalangan agen stok. Gm sendiri melihat sebahagian besar agen stok yang melakukan tindakan sedemikian.
Jadi sesuatu yang tidak sihat kita wajar rawati dan semasa rawat semestinya ada yang merasai kesakitannya. Namun penderitaan tersebut tidak akan parah selamanya. Keadaan akan kembali kepada normalnya.
Perjuangan tetap diteruskan walau dalam apa keadaan sekali pun....

Sumber : Blog GM HPA

KICAP

Produk Baru Dari Madu

Wednesday, June 10, 2009

KENYATAAN RESMI GM MENGENAI ISU TIDAK BOLEH MEMBELI PRODUK ATAS NAMA AGEN STOK(KHUSUS UNTUK MALAYSIA)

SALAM SELURUH WARGA HPA MALAYSIA.
SETELAH SURAT ARAHAN DI KELUARKAN MENGENAI LARANGAN PEMBELIAN MENGGUNAKAN AGEN STOK, SAYA MENDAPATI RAMAI RUNGUTAN YANG MENGATAKAN KENAPA ARAHAN INI DI KELUARKAN.
BERIKUT ADALAH KENYATAAN RESMI DARI SAYA.
1. KITA MENDAPATI KEBANYAKAN AGEN STOK MENGHANTAR LEWAT LAPURAN KERANA TERPAKSA MENUNGGU INBOIS PEMBELIAN DARI PENGEDAR YANG MEMBELI ATAS NAMA MANA-MANA AGEN STOK. INI MENYULITKAN KERJA DI BAHAGIAN MIS.BILA BERLAKU APA YANG DIKATAKAN "SISTEM TUKAR INBOIS", MAKA AKAN BERLAKULAH BANYAK KESILAPAN DAN AKHIRNYA KITA MENERIMA TERLALU BANYAK RUNGUTAN DARI PENGEDAR PBC YANG TIDAK MENDAPAT BONUS.
2. SEBAHAGIAN BESAR AGEN STOK TERMASUK JUGA PUSAT JUALAN DIDAPATI TIADA STOK YANG SEPATUTNYA, SEBALIKNYA MENGGUNAKAN STOK CAWANGAN DAN MENGARAHKAN STAFF CAWANGAN MEMBUKA INBOIS BAGI PIHAK MEREKA.
4. BAGI PENGEDAR YANG TERLIBAT DENGAN PBC, BOLEH MEMBELI DALAM JUMLAH BERPERINGKAT DI MANA-MANA CAWANGAN ATAU AGEN STOK BAGI MENCUKUPKAN 300NM.(TIDAK PERLU MEMBELI SEKALI GUS).TIDAK TIMBUL PERLU MENGGUNAKAN HANYA SATU AGEN STOK.
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SAYA BERHARAP SEMUA AGEN STOK SEHARUSNYA MEMILIKI STOKNYA YANG TERSENDIRI DAN TIDAK HANYA BERPERANAN MENGGUNAKAN MEREKA YANG DATANG MEMBELI DI CAWANGAN.
GM AMAT BERHARAP SELEPAS INI TIDAK AKAN UJUD APA YANG DIKATAKAN "AGEN STOK ATAS ANGIN" DAN HANYA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MERAIH BONUS JUALAN STOK.
WASALLAM

PENJELASAN TERHADAP BELIAN 300 NILAI MATA PESERTA PBC

Timbul kekeliruan dan salah tanggapan di kalangan PJ, PSD dan Stokis berhubung surat arahan GM HPA mengenai pembelian 300 Nilai Mata di kalangan peserta PBC bertarikh 25 MEI 2009.

Arahan yang dikeluarkan bertujuan untuk memudah dan melicinkan lagi pengurusan dan perjalanan proses BONUS. Ini kerana terdapat aduan di kalangan peserta PBC bahawa mereka tidak dapat bonus, sedangkan mereka telah membuat belian 300 Nilai Mata di cawangan atas nama STOKIS atau PSD atau Pusat Jualan (PJ)

Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan STOKIS, PSD, PJ terlupa untuk mengeluarkan INVOIS atas nama PESERTA PBC/PEMBELI tadi. Atau pun PESERTA PBC/PEMBELI terlupa memberikan INVOIS tersebut kepada STOKIS, PSD, PJ. Keadaan ini menimbulkan kekalutan kepada pihak M.I.S. Kesannya HPA tidak dapat membayar BONUS kepada peserta tersebut kerana tidak ada dokumen menunjukkan telah berlaku BELIAN PERIBADI 300 Nilai Mata walau pun PESERTA PBC/PEMBELI tersebut bermati-matian mengaku telah membuat belian 300 Nilai Mata di Cawangan HPA atas nama STOKIS, PSD atau PJ.

Oleh yang demikian, amat wajar pihak HPA mengeluarkan arahan tersebut agar kekeliruan ini dapat dibanteras walau pun STOKIS, PSD dan PJ tidak dapat menikmati BONUS STOK 11%, 13% dan 15%. Yang paling penting setiap PESERTA PBC akan lebih jelas dan lancar pergerakan INVOIS mereka.

Saya sarankan sekiranya PESERTA PBC bercadang menghimpunkan Nilai Mata (NM), adalah lebih elok dan molek terus sahaja membuat belian kepada STOKIS, PSD dan PJ yang berdekatan. Jangan sama sekali membuat belian peribadi atas nama STOKIS, PSD dan PJ. Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan banyak kekeliruan dan ketidak puasan hati sekiranya mereka TIDAK LAYAK DIBERIKAN BONUS akibat kesilapan TEKNIKAL.

SUMBER DARI : PJSKPU2.BLOGSPOT.COM

Wednesday, June 3, 2009

KOPI RADIX DIET

Rujukan Kami : AWM / 4 / 2-3 / HEBAHAN – (33/09)
Tarikh : 04 JUN 2009M / 11 JAMADILAKHIR1430H


Kepada :

CAWANGAN
AGEN STOK
PENGEDAR
PENGGUNA

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan/Puan,

PRODUK BARU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan memasarkan produk baru mulai sekarang. Produk tersebut dijual berdasarkan maklumat berikut:-

LAMPIN BABYKU & MINYAK SAHARA

Rujukan Kami : AWM / 4 / 2-3 / HEBAHAN – (32/09)
Tarikh : 02 JUN 2009M / 09 JAMADILAKHIR1430H

Kepada :

CAWANGAN
AGEN STOK
PENGEDAR
PENGGUNA

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan/Puan,

PRODUK BARU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan memasarkan produk baru mulai sekarang. Produk tersebut dijual berdasarkan maklumat berikut:-

PENURUNAN HARGA BEG PLASTIK KECIL

Rujukan Kami : AWM / 4 / 2-3 / HEBAHAN – (31/09)
Tarikh : 02 JUN 2009M / 09 JAMADILAKHIR 1430H


Kepada :

CAWANGAN

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan/Puan,

PENURUNAN HARGA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Berikut adalah penurunan harga bagi produk BEG PLASTIK KECIL sebanyak RM 5.00.

BEG PLASTIK SEDERHANA

Rujukan Kami : AWM / 4 / 2-3 / HEBAHAN – (30/09)
Tarikh : 02 JUN 2009M / 09 JAMADILAKHIR 1430H


Kepada :

CAWANGAN

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan/Puan,

PRODUK BARU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan memasarkan produk baru mulai sekarang. Produk tersebut dijual berdasarkan maklumat berikut:-