Monday, August 17, 2009

Pencapaian tertinggi - teruskan menggempur pasaran

Alhamdulillah penjualan bulan 7 telah dicatat sebagai rekod pencapaian tertinggi syarikat MLMS HPA. Kita menerima ini dengan penuh rendah diri dan menyedari ini sebagai ujian daripada Allah bagaimanakah kita sewajarnya mensyukuri nikmat ini.

Jualan sudah mencecah 15.5 juta t(ermasuk jualan di Indonesia.). Walaupun kita menghadapi sedikit masalah di Indonesia namun bagitu semua masalah telah dapat diselesaikan dan dijangka penjualan di indonesia akan menjangkau rm3 juta dalam tempoh masa yang terdekat. Jika ini berlaku diikuti dengan peningkatan di Malaysia kemungkinan besar tahun 2009 kita berjaya mencecah 20 juta InsyaAllah.

Terimakasih pada semua yang telah bekerja menghidupkan PBC dan saya sangat terkesan dengan sokongan padu yang diberikan oleh Ahli-ahli semasa KONVEK yang lepas. Semoga cita-cita kita menjadi pengeluar produk halal no 1 di dunia akan berjaya. Amin.