Monday, March 22, 2010

Belajar Senyum dan Memberi Salam

*** Posted by GM

Inilah dua perkara yang diajar sejak kecil. Kalau kita menangis, merajuk or masam muka sudah pasti ibu dan ayah kita akan memujuk untuk kembali senyum. Kalau kita berjumpa dengan sesiapa pun kita di wajib memberi salam. Dua perkara ini adalah asas utama dalam menjalin hubungan sesama manusia. Namun adakalanya kita merasakan ini sudah tidak penting lagi dan tidak memberikan apa-apa makna. Senyum dan salam adalah penghubung manusia. Cuba kita cermin wajah kita setiap hari sebelum kerja... senyum kah kita...cuba kita hitung pada hari ini kepada siapa yang kita berikan salam atau kita mengharapkan orang lain memberi salam.

Salam umum: Hello(hanya layak di corong telefon)
Kalau gugup untuk speaking arab maka tak salah samapaikan "apa kabar..lama tak jumpa..morning..evening..nite...come again.(yang penting sekiranya kita berusaha untuk menjalin hubungan sesama manusia, maka pahala pasti ada).
Salam sesama muslim: Assalamualaikum wbrkth...(tidak salah juga kalau salam ini disampaikan pada non muslim kerana ini adalah ucapan MOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN RAHMAT KEPADA KALIAN. kita tahu bahawa Allah swt adalah Tuhan pada sekelian makhluk di alam dan beliau sentiasa memberikan rahmat pada seluruh makhluknya.
Senyum adalah peribadi yang di tonjolkan oleh Rasulullah saw.

JADI..KENAPA KITA GAGAL MEMBERIKAN SENYUM DAN SALAM KETIKA PELANGGAN DATANG BERKUNJUNG KE OUTLET KITA..KITA BUKAN DILAHIRKAN UNTUK MENJADI INSAN SOMBONG DI MUKA BUMI. SEKIRANYA ANDA MASIH BERSIKAP SEDEMIKIAN, MAKA SAHLAH ANDA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG SOMBONG...